Monday, March 8, 2010

Quran Flash (Tajwid)


Salah satu ABM yang boleh membantu guru.Software Quran flash ini mengikut muka surat Mushaf Madinah.Ianya juga adalah portable.Banyak lagi kelebihan pada software ini.

http://www.quranflash.com/en/download/index.html

Saturday, March 6, 2010

Link Untuk Download Software

Link dibawah mempunyai software yang banyak.Ia menyimpan satu-satu software itu dengan software yang versi lama dan software versi terbaru.

http://www.filehippo.com/

Friday, February 19, 2010

My Newsletter

Al Quran Explorer

URL : http://www.quranexplorer.com/quran/

Langkah :

1. Klik URL yang disediakan di atas.
2. Klik butang di sebelah penjuru kiiri (bawah) untuk mendengar bacaan/audio.
3. Klik butang lain untuk beberapa fungsi tertentu seperti pilihan surah, terjemahan, bacaan dan lain-lain.

Sunday, January 24, 2010

Artikel : Aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam Pendidikan

My Artikel
http://myais.fsktm.um.edu.my/5002/1/23.pdf

Aplikasi GIS (Geographic information system) mempunyai pelbagai potensi antaranya, boleh meransang pelajar untuk mengetahui sesuatu topik/masalah secara kritis dan kreatif/ ia juga boleh meningkatkan tahap kemahiran vokasional seseorang individu. Di negara maju, pelajar universiti dan pensyarah bekerjasama dalam membangunkan model GIS dimana faedahnya dapat dinikmati oleh masyarakat setempat. GIS memberi kesedaran kepada kita tentang peri pentingnya teknologi maklumat dimasa kini.

Saturday, January 23, 2010

Al-Quran Sumber Ilmu

Al-Quran Sumber Ilmu PDF Print E-mail
Written by Najib 'Afif bin Arip
Friday, 10 October 2008 08:28

Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat. Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia dan rujukan utama di samping sunnah Rasulullah. Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir, pasti dan qat’i dan ditulis mashaf yang hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi kita umat Islam mengkaji sejarah al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya. Ini bertepatan dengan ajaran islam itu sendiri yang menyeru umatnya untuk sentiasa mencintai ilmu..


Sesungguhnya al-Quran merupakan agama yang amat menitikberatkan soal ilmu. Tidak ada satu agama pun dalam sejarah umat manusia yang menyeru mereka supaya menuntut ilmu seperti yang dituntut oleh agama Islam. Juga tidak pernah diketahui dalam sejarah bahawa orang yang lebih mengamati terhadap penyebaran ilmu selain daripada Nabi Muhammad S.A.W. Demikianlah dalam al-Quran terdapat lebih 900 ayat mengenai persoalan khusus mengenai ilmu. Bilangan ini tidak termasuk lagi bidang ilmu secara pemahaman abstrak dan realiti yang dilihat

Sekiranya kita singkap kembali sejarah penurunan al-Quran maka akan kita dapati bahawa ayah yang pertama sekali diturunkan kepada nabi Muhammad merupakan suatu seruan ke arah pembudayaan ilmu.

Firman Allah SWT:

Ertinya:

“Bacalah dengan menyebut nama tuhan kamu yang telah menjadikan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama tuhanmu Yang Maha Pemurah yang telah mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan manusia apa yang mereka tidak ketahui.”

Perintah membaca di sini bukanlah sekadar menyeru untuk belajar sebagaimana yang selalu terlintas dalam pemikiran kita, tetapi ia mengandungi erti yang lebih luas dan mendalam daripada itu. Manusia membaca untuk mengetahui dan mengikuti apa-apa yang terbaru dalam bidang keilmuanDengan membaca maka kita mengetahui. Dengan mengetahui maka kita boleh membuat. Dengan membuat, kita boleh mengubah keadaan kita dan dunia. Dalam konteks ini dapat kita melihat bagaimana ayat pertama itu merupakan satu petanda bangkitnya suatu peradaban baru yang mementingkan kuasa ilmu. Malah keseluruhan wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT itu diberi nama al-Quran yang berasal daripada perkataan "qaraa" yang beerti bacaan atau yang dibaca.

Dalam hal ini, sudah tentulah satu-satunya jalan untuk mendapatkan ilmu ialah melalui proses pendidikan. Kepentingan menuntut ilmu memang tidak dapat dinafikan lagi di dalam agama Islam. Menuntut ilmu merupakan tanggungjawab setiap umat Islam. Tuntutan ini merupakan sesuatu yang penting kerana ia menjadi salah satu kriteria penting untuk dikategorikan dalam golongan bertakwa.

Firman Allah SWT:

Ertinya:

“Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya ialah para ilmuwan”

(al-Fathir: 28)

Namun demikian, harus kita sedari bahawa ilmu yang dituntut tidak akan bermakna sekiranya ia tidak dapat menjadi alat untuk kita semakin hampir kepada Allah SWT. Lantaran itulah manusia perlu kembali kepada al-Quran dan menjadikannya landasan dalam kehidupan agar ilmu yang dituntut mampu membawa kita ke destinasi yang dituju dengan selamat. Kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh umat Islam suatu ketika dahulu dalam ilmu pengetahuan menjadi bukti kepada kesyumulan al-Quran itu sendiri. Bukti yang jelas perkembangan ilmu semasa zaman Nabi Muhammad SAW di kota Madinah. Penerokaan ilmu digalakkan. Masjid menjadi pusat pembelajaran formal. Di samping itu dapat dilihat juga pada Baghdad semasa zaman pemerintahan Bani Abbasiah, manusia ketika itu telah menguasai pelbagai bidang pengetahuan. Umat Islam telah berjaya dalam bidang ilmu astronomi, sains, matematik, seni bina, fizik, biologi dan lain-lain.Kehebatan Tamadun Islam telah memberi peluang kepada orang barat membuat perincian terhadap ilmu-ilmu yang dipelopori oleh Islam. Nama-nama seperti al-Razi, Ibnu Sina, al-Biruni, Ibnu Haitham dan al-Ghazali turut disanjung barat.


Natijahnya kegemilangan yang dikecapi oleh tamadun tersebut terus hilang dari pandangan umat Islam. Keagungan yang dicipta hasil dorongan ilmiah al-Quran terus dilupakan dan tenggelam dalam arus pemodenan Barat dan seisinya. Apakah mereka bangga dan mendabik dada bahawa kemajuan sains dan teknologi adalah sumbangan mereka kepada dunia? Tahukah kita penemuan-penemuan kemajuan sains dan teknologi masa kini adalah selari dengan petunjuk ilmu pengetahuan yang dikemukakan di dalam al-Quran? Sebelum manusia mencapai kecanggihan pada abad sekarang dan seterusnya. Hakikat ini ada ditonjolkan oleh Allah S.W.T. melalui firmanNya:

Ertinya:

“Akan Kami memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri sehingga jelaslah bagi mereka bahawa al-Quran itu adalah benar. Dan apakah dengan kekuasaan tuhanMu itu tidak cukup buatmu untuk mengakuinya. Sesungguhnya Dia (Allah) amat menyaksikan (benar) ke atas semua yang berlaku.”


Manusia diciptakan oleh Allah SWT sebagai makhluk yang sempurna kerana memiliki perbezaan dengan makhluk lain. Dalam penciptaannya, ia dilengkapi dengan pancaindera , nafsu, hati nyawa dan akal. Malah manusia juga diberikan panduan hidup yang membawa kepada kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat bukan hanya menurut tuntutan hawa nafsu. Bahkan Allah SWT dengan Rahmat dan kasih sayangNya telah membuka pintu-pintu keselamatan dan kesejahteraan untuk memenuhi fitrah naluri manusia untuk mengembangkan zuriat dan keturunan dengan berkeluarga. Maka di sinilah berlakunya proses persenyawaan dua insan sehingga terjadinya proses kehamilan.

Firman Allah SWT:

Ertinya:

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari satu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkus ia dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka maha suci Allah, Pencipta Yang paling Baik.

(al-Mu’minun:12-14)

Proses kehamilan manusia adalah suatu perkara yang unik dan ajaib. Penciptaan manusia adalah satu tanda kebesaran Allah SWT yang patut disyukuri. Proses ini juga berbeza dengan penciptaan makhluk lain yang menjadi satu perbahasan antara ilmuwan Islam dan barat. Sains juga telah membahaskan mengenai bagaimana proses kehamilan ini berlaku. Malah kita dapat ketahui bahawa apa yang dibahaskan dalam fakta-fakta sains juga terdapat dalam al-Quran. Bahkan fakta ini telah diterangkan oleh al-Quran Sejak 14 abad terdahulu lagi sebelum perkara ini ditemui dan diketahui oleh pakar-pakar sains menjelang ke abad kedua puluh. Ini tidak membawa kepada masalah dan keraguan dalam mengetahui proses kehamilan bahkan membawa satu keuntungan dalam bidang ilmu dan membawa manusia ke arah pemikiran yang seimbang.


Selain daripada menyentuh berkenaan embriologi al-Quran juga turut myentuh perkara yang berkaitan dengan ilmu astronomi

Sebagaimana firman Allah:

Ertinya :
”Wahai sekalian jin dan manusia! Jika kamu sanggup melintasi semua penjuru langit dan bumi, maka lintasilah. Namun kamu tidaklah akan dapat melintasinya kalau tidak dengan kekuasaan.”

Dalam suku kata pertama ayat di atas,Allah telah memberi kebebasan kepada manusia supaya melintasi segala penjuru bumi, baik untuk mengetahui rahsia keajaiban alam ataupun mencari kepuasan berilmu. Manakala suku kata kedua ayat ini memberi inspirasi yang sangat tinggi kepada kita semua bahawa manusia sememangnya mampu melintasi (menembusi langit dan bumi) jikalau mereka betul-betul mahu sampai kepadanya. Justeru itu, Allah menyebut (dengan kekuasaan). Sesungguhnya dengan kekuasaan ilmulah manusia dapat membuktikannya.


Tetapi malangnya umat Islam tidak menggunakan ilmu ini untuk mencipta sejarah kegemilangan. Sebaliknya orang-orang barat (Eropah) yang begitu prihatin kepada ilmu dan cuba menerokanya, telah berjaya mencipta sejarah dapat menembusi ruang langit dan bumi yang dinyatakan oleh Allah S.W.T. sehingga sampai ke bulan dengan pesawat angkasa lepas pada tanggal 12 April 1961 oleh pelopornya Yuri Gagarin. Diikuti pula oleh kejayaan pesawat Columbia (milik Amerika Syarikat) pada 14 Arpril 1981 dan percubaan-percubaan lain untuk sampai ke planet yang lebih jauh, seperti pesawat Chalenger pada tahun 1986, tetapi menemui kegagalan. Adakah mereka mampu untuk meneruskan usaha ini kalau tidak dengan kekuasaan yang telah diberikan oleh Allah kepada makhluknya.


Demikian juga Allah telah memberikan ilustrasi mengenai oksigen di sebalik ruang atmosfera bumi akan semakin berkurangan apabila naik ke peringkat yang lebih tinggi seperti menembusi ruang bumi.

Firman Allah S.W.T.:

Ertinya:

“Dan sesiapa yang disesatkan Tuhan, maka dijadikannya sesak dan sempit dada mereka seumpama orang yang naik ke langit”.
(al-An’am: 125)

Jelas sekali apa yang terkandung di dalam al-Quran merentasi masa. Sebelum manusia mengkaji dan mengetahui perkara tersebut Allah terlebih dahulu menyebutnya di dalam al-Quran . Tidak syak lagi sekiranya manusia mengkaji, meneliti dan menghayati apa yang terkandung di dalam al-Quran pelbagai khazanah ilmu mampu manusia terokai.

Najib 'Afif bin Arip
Merupakan penuntut di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Sumber:
http://www.penaemasnajib.blogspot.com

Friday, January 1, 2010

Ahlan

Assalamualaikum...Selamat melawati blog saya.Tugasan UUM (Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan).Semoga blog yang terhasil kerana tugasan UUM ini bermanfaat kepada kita semua.Maaf diatas segala kekurangan didalam blog saya ini.